TEKANAN DAN KONFLIK KERJA-KELUARGA SEBAGAI FAKTOR PERAMAL KEPADA KEPUASAN HIDUP JURURAWAT
DOI:
https://doi.org/10.46754/umtjur.v6i2.486Keywords:
Kepuasan hidup, tekanan, Kepuasan Hidup; Tekanan; Konflik Kerja-Keluarga; Jururawat, jururawatAbstract
Kepuasan hidup ialah persepsi seseorang tentang kehidupan sekarang dan kehidupan yang akan dilaluinya pada masa akan datang. Literatur menunjukkan bahawa tekanan dan konflik kerja-keluarga mempengaruhi kepuasan hidup pekerja dalam organisasi. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji faktor tekanan dan konflik kerja-keluarga sebagai peramal kepada kepuasan hidup jururawat daripada sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan. Dengan menggunakan pensampelan rawak mudah, terdapat 226 responden yang terdiri daripada 68 orang jururawat lelaki (28.9%) dan 159 orang jururawat perempuan (67.7%). Responden telah diberikan soal selidik berkaitan dengan tekanan, konflik kerja-keluarga dan kepuasan hidup melalui pautan Google Form. Ketiga-tiga pemboleh ubah ini diukur menggunakan tiga instrumen, iaitu Perceived Stress Scale-14 (PSS-14), Work-family Conflict Scale (WAFCS) dan Satisfaction with Life Scale (SWLS). Dapatan analisis korelasi menunjukkan tekanan dan konflik kerja-keluarga mempunyai hubungan negatif yang signifikan dengan kepuasan hidup, yakni nilai r masing-masing ialah (r = -0.069, p < 0.05) dan (r = -0.150, p < 0.05). Seterusnya, dapatan analisis regresi berganda mendapati hanya konflik kerja-keluarga yang mempunyai kesan negatif signifikan terhadap kepuasan hidup jururawat di salah sebuah hospital di Kelantan (β = -0.150, p < 0.05). Hasil daripada kajian ini dijangka akan menyumbang kepada literatur yang berkaitan dengan bidang. Selain itu, kajian ini dapat memberikan manfaat kepada organisasi bagi meningkatkan kepuasan hidup pekerjanya dengan memastikan persekitaran kerja yang lebih kondusif dan bebas daripada tekanan serta konflik.
References
Abdullah, N. H., Ismail, N., & Ismail, N. (2021). A study of the work-life balance among the female academics at polytechnics. Civilizational Studies and Human Sciences BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 4(1), 130-145.
Abolghasemi, A., & Varaniyab, S. T. (2010). Resilience and perceived stress: Predictors of life satisfaction in the students of success and failure. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 5, 748-752. DOI: https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2010.07.178
Aisha, N. F., & Ruslan, R. (2020). Faktor-faktor tekanan kerja yang mempengaruhi keseimbangan kehidupan kerja dalam kalangan jururawat. Research in Management of Technology and Business, 1(1), 381-390.
Boyacı, K., Şensoy, F., Beydağ, K. D., & Kıyak, M. (2014). Stress and stress management in health institutions. Procedia-social and Behavioral Sciences, 152, 470-475. DOI: https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2014.09.233
Ferdaus, M., Lazin, M., Abdullah, H., Nor, M., Hidayah, N., & Saleh, M. (2021a). Hubungan antara sumber tekanan dan tahap tekanan psikologi dalam kalangan kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Sepang sepanjang pandemik COVID-19. e-BANGI: Journal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18(6), 72-84.
Ganing, C. F., Hassan, M. M., & Hamzah, W. N. N. W. (2020). Faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan kerja di kalangan kakitangan hospital kerajaan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(10), 151-177. DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i10.522
Hassan, M. M., Narahim, M. D. A. M., Noor, A. M., Khir, A. M., & Abdullah, W. A. W. (2022). Perhubungan antara konflik kerja dan keluarga terhadap stres dalam kalangan pekerja kakitangan awam. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(2), e001282-e001282. DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i2.1282
Ibrahim, S. H., & Zaimah, R. (2021). Konflik kerja-keluarga dalam kalangan penjawat awam wanita. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 17(1), 140- 154. DOI: https://doi.org/10.17576/geo-2021-1701-11
Mohd Sahril Sulaiman @ Jasni. (2021). Tesis konflik kerja-keluarga dan pengaruhnya terhadap prestasi kerja dalam kalangan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Kontinjen Sabah (IPK Sabah). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished).
Mora, Z., Junaida, E., & Fuad, M. (2017). Konflik kerja-keluarga dan kepuasan kerja pegawai perempuan. Jurnal Ekonomi dan Bisnis Islam (J-EBIS), 2(1), 1-13. https:// journal.iainlangsa.ac.id/index.php/ebis/ article/view/118/92 DOI: https://doi.org/10.32505/jebis.v2i1.118
Sahad, S. M., Mohamad, Z., & Shukri, M. M. (2022). Life satisfaction and its relationship between mental health among orphan adolescents. International Journal of Advanced Research and Publications (IJARP), 5(9), 39-43. https://www. researchgate.net/publication/373336370_ Life_Satisfaction_And_Its_Relationship_ B e t w e e n _ M e n t a l _ H e a l t h _ A m o n g _ Orphan_Adolescents.
Saleh, N. (2016). Peranan komunikasi dalam mengurangkan konflik kerja-keluarga: Tinjauan ke atas jururawat di Selangor. The role of communication in reducing work-family conflict: A survey on nurses in Selangor. Journal of Management and Muamalah, 6(2), 35-51.
Sharma, M., & Rush, S. E. (2014). Mindfulness-based stress reduction as a stress management intervention for healthy individuals. Journal of Evidence Based Complementary & Alternative Medicine, 19(4), 271-286. https://doi org/10.1177/2156587214543143 DOI: https://doi.org/10.1177/2156587214543143
Siti Noralfiah Rosli & Amalina Ibrahim (2021). Hubungan antara konflik kerja-keluarga dan kepuasan kerja dalam kalangan guru sekolah menengah di sekitar Johor Bahru. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18(8(SI)), 23-38. https:// ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1427
Sombuling, A., Nur Syafiqah, T., Laila Meiliyandrie, I. W. (2022). Perkaitan konflik kerja dan keluarga terhadap kepuasan keibubapaan dalam kalangan wanita bekerja semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP). International Journal for Studies on Children, Women, Elderly and Disabled, 16(6), 8-11. https://www. ijcwed.com/wp-content/uploads/2022/08/ IJC16.ISU1_507.pdf
Wang, Y., Liu, L., Wang, J., & Wang, L. (2012). Work‐family conflict and burnout among Chinese doctors: The mediating role of psychological capital. Journal of Occupational Health, 54(3), 232-240. DOI: https://doi.org/10.1539/joh.11-0243-OA
Yatim, N. F. M. (2021). Hubungan antara tekanan kerja, sokongan penyelia dan keadilan organisasi dengan kualiti kehidupan kerja serta peranan konflik kerja keluarga sebagai pengantara dalam kalangan wanita bekerja di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Journal of Business Innovation, 6(1), 113.
Yee, G. H., & Yee, G. H. (2012). Kajian tentang kecerdasan emosi, konflik kerja keluarga, tekanan kerja dan kepuasan kerja dalam kalangan pekerja bank (Doctoral dissertation, UKM, Bangi).
Additional Files
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Universiti Malaysia Terengganu Journal of Undergraduate Research
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License.