Impak Pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur Terhadap Sosioekonomi Di Kelantan
DOI:
https://doi.org/10.46754/umtjur.v6i4.532Keywords:
Projek, Impak Pembinaan, Impak Sosial, Impak Ekonomi, KomunitiAbstract
Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) merupakan rangkaian rel yang menjadi penghubung antara Pantai Timur dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia dengan jumlah panjangnya ialah 665 kilometer. Projek ECRL melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Selangor. Kajian mempunyai objektif untuk mengetahui sejauhmana pengetahuan komuniti di Kampung Bukit Merbau, Pasir Puteh, Kelantan terhadap projek ECRL dan mengenal pasti impak sosial dan impak ekonomi rentetan daripada aktiviti pembinaan projek tersebut. Pendekatan kualitatif digunakan dalam kajian ini melalui kaedah temu bual yang dijalankan terhadap 11 orang informan yang terdiri daripada 10 orang penduduk Kampung Bukit Merbau dan seorang daripada pihak pengurusan projek ECRL. Hasil kajian mendapati bahawa informan mempunyai pengetahuan dan sedar tentang pembinaan projek ECRL yang dijalankan di kampung tersebut. Hasil temu bual juga mencatatkan terdapat impak sosial positif, iaitu dapat meningkatkan darjah ketersampaian, meningkatkan aksesibiliti kepada penduduk dan kualiti hidup penduduk turut meningkat; serta impak negatif, iaitu risiko kemalangan, pencemaran bunyi, dan bencana banjir. Selain itu, terdapat impak ekonomi yang wujud daripada projek tersebut antaranya kadar pengangguran berkurangan, sektor perdagangan dan industri kecil sederhana dapat diperluas, menurunkan kadar kemiskinan, dan memperkasakan sektor pelancongan. Oleh itu, projek ini telah memberikan impak sosial positif dan negatif serta impak ekonomi kepada komuniti Kampung Bukit Merbau.
References
Aziz, S. A., Kassim, R., Idrus, M., & Masirin, M. (2018). Railway development and the impact to Malaysian economy. Journal of Advanced Research in Dynamical and Control Systems, 10(6), Article 2018.
Azmi, A. (2017). Jenis-jenis pencemaran alam sekitar. Teknologi Pendidikan. https:// amirulazmi.weebly.com/jenis-jenis-pencemaran-alam-sekitar
Braun, V., & Clarke, V. (2006). Using thematic analysis in psychology. Qualitative research in Psychology, 3(2), 77-101. https://doi. org/10.1191/1478088706qp063oa DOI: https://doi.org/10.1191/1478088706qp063oa
Franks, P., & Small, R. (2016). Understanding the social impacts of protected areas: A community perspective (Research Report). International Institute for Environment and Development Research Report. https://pubs. iied.org/14661IIED
Guo, X., Sun, W., Yao, S., & Zheng, S. (2020). Adakah kereta api berkelajuan tinggi mengurangkan pencemaran udara di sepanjang lebuh raya? Bukti dari China. Penyelidikan Pengangkutan Bahagian D: Pengangkutan dan Alam Sekitar, 89, Artikel 14.
International Institute for Sustainable Development (IISD). (2019). Meningkatkan pelaburan kereta api dapat mengurangkan pelepasan, meningkatkan kualiti udara, dan akses kepada pengangkutan. Portal Rasmi IISD. https://sdg.iisd.org/news/ boosting-railway-investments-could-reduce-emissions-improveair-quality-and-access-to-trasport/
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. (2023). Panduan pelaksanaan penilaian impak sosial bagi projek pembangunan. Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan. https:// www.planmalaysia.gov.my/index.php/ database_stores/store_view/14?mid=640
Jasmi, K. A. (2012). Metodologi pengumpulan data dalam penyelidikan kualitatif in kursus penyelidikan kualitatif siri 1 2012 at Puteri Resort Melaka on 28-29 Mac 2012. Organised by Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah, 80350 Johor Bharu, Negeri Johor Darul Ta’zim.
Malaysia Rail Link. (2023). ECRL tidak harus beri masalah kepada rakyat. Portal Rasmi Malaysia Rail Link. https://www.mrl.com. my/my/ecrl-tidak-harus-beri-masalah-kepada-rakyat/
Martino, A. (2019). Classification of social impact definitions. https://www.politesi. polimi.it/retrieve/a81cb05d-7b92-616b-e053-1605fe0a889a/2019_12_Martino.pdf
Othman Lebar. (2014). Penyelidikan kualitatif pengenalan kepada teori dan metode. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Othman, M. R., Shafii, H., Mohamad, S., & Omar, R. (2022). Impak pembinaan projek East Coast Rail Link (ECRL) kepada pencemaran bunyi. Research in Management of Technology and Business, 3(2), 366-377. https://doi.org/10.30880/rmtb.2022.03. 02.029
Rahmadi. (2011). Pengantar metodologi penelitian. Antasari Press.
Razak, N. (2017). ECRL kelas dunia. Utusan Malaysia. https://www.mot.gov.my/my/ Berita%20Terkini/ECRL%20kelas%20 dunia.pdf
Zainuddin, N., Norita, D., Cheok, L. Q., & Cui, X. H. (2022). Users’ expectation on East Coast Rail Link (ECRL). Quantum Journal of Social Sciences and Humanities, 3(6), 105-115. https://doi.org/10.55197/qjssh.v3i 6.198 DOI: https://doi.org/10.55197/qjssh.v3i6.198
Additional Files
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Universiti Malaysia Terengganu Journal of Undergraduate Research

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License.