ANALISIS AMALAN PENJIMATAN AIR DALAM KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI DI TERENGGANU

Authors

  • Zuraini Anang Faculty of Business, Economics and Social Development, Universiti Malaysia Terengganu

Keywords:

Amalan Penjimatan Air, Tingkah Laku, Pelajar IPT, Penggunaan Air Domestik

Abstract

Sumber air merupakan salah satu sumber yang utama kepada manusia dan ia sangat penting untuk kelangsungan hidup. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap penglibatan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Terengganu dalam amalan penjimatan air dan mengenal pasti faktor yang mempengaruhi tingkah laku pelajar dalam amalan penjimatan air. Sampel kajian terdiri daripada 182 orang pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Kuala Terengganu, diantaranya Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kuala Terengganu. Data dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif dan analisis min. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar IPT di Terengganu mengamalkan penjimatan air dalam aktiviti harian. Diantara, amalan yang paling kerap dilakukan adalah menutup paip air dengan rapat (97.8%) dan memastikan mesin basuh penuh muatan sebelum menggunakannya (81.3%). Faktor utama yang mempengaruhi amalan penjimatan air adalah faktor bil air dan rasa tanggungjawab. Hasil dapatan ini dapat memberi panduan kepada pihak berkepentingan, termasuk institusi pendidikan, pemerintah, dan industri, dalam merancang dan melaksanakan program-program penjimatan air yang efektif.

References

Unavailable

Additional Files

Published

2024-01-15

How to Cite

Anang, Z. (2024). ANALISIS AMALAN PENJIMATAN AIR DALAM KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI DI TERENGGANU. Universiti Malaysia Terengganu Journal of Undergraduate Research, 6(1). Retrieved from https://journal.umt.edu.my/index.php/umtjur/article/view/457