PENGARUH IKLIM UNIVERSITI TERHADAP PRESTASI AKADEMIK DAN TINGKAH LAKU PROSOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI
DOI:
https://doi.org/10.46754/umtjur.v6i3.423Keywords:
Iklim universiti, Sokongan belajar, Semangat belajar, Prestasi belajar, Motivasi prososial, Tingkah laku prososialAbstract
Iklim universiti merujuk kepada persepsi yang dikongsi bersama berkaitan dengan polisi, amalan, dan prosedur dalam persekitaran universiti. Iklim universiti mempunyai pengaruh ke atas tingkah laku pelajar dan hasil pembelajaran, namun kesan secara serentak masih lagi dikaji secara berasingan. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji peranan iklim universiti terhadap prestasi belajar dan tingkah laku prososial melalui sokongan belajar, semangat belajar dan motivasi prososial. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif diari pelbagai tahap (multilevel) dan dianalisis menggunakan perisian Hierarchical Linear Modeling versi 8.0. Data dikumpul daripada 76 pelajar Universiti Malaysia Terengganu (76 responden * 2 minggu * 3 hari = 456 data diari) mengandungi enam set soal selidik diari telah dilengkapkan dalam tempoh dua minggu (Ahad, Selasa, dan Khamis). Analisis menunjukkan iklim universiti mempunyai hubungan yang signifikan dengan sokongan belajar harian, manakala sokongan belajar harian mempunyai hubungan yang signifikan dengan semangat belajar harian dan motivasi prososial harian. Dalam kaitannya dengan analisis penengah, hasil kajian juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara iklim universiti dengan semangat belajar harian dan juga antara iklim universiti dan motivasi prososial harian melalui sokongan belajar harian. Tambahan lagi, semangat belajar harian menjadi penengah hubungan di antara sokongan belajar harian dan prestasi belajar harian, manakala motivasi prososial harian menjadi penengah hubungan di antara sokongan belajar harian dan tingkah laku prososial harian. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan peranan iklim universiti yang sangat penting sebagai faktor penentu bukan sahaja terhadap peningkatan prestasi belajar, tetapi juga turut menyumbang kepada tingkah laku prososial.
References
Unavailable
Additional Files
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Universiti Malaysia Terengganu Journal of Undergraduate Research
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License.