KAJIAN PENCEMARAN AIR TERHADAP KOMUNITI ORANG ASLI DI TASIK CHINI, PAHANG

Authors

  • IDA ROYANI AMRAN Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu
  • RAHAYA MD. JAMIN Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu

DOI:

https://doi.org/10.46754/umtjur.v3i2.211

Keywords:

Tasik Chini, Pencemaran air, Komuniti asli, Degradasi dan Kualiti hidup

Abstract

Pencemaran air di Tasik Chini, Pahang kian meruncing akibat pembangunan sekitar yang tidak terkawal menyebabkan kemusnahan rantaian makanan sekaligus mengancam kelangsungan hidup komuniti asli. Justeru, kajian telah dijalankan bagi mengenal pasti faktor, impak dan keberkesanan strategi dengan menggunapakai Teori Pengambilalihan. Selain itu, kajian ini dipilih untuk memenuhi kelompangan kajian terdahulu yang lebih menekankan kepentingan pengekalan biodiversiti flora dan fauna berbanding kajian terhadap kehidupan komuniti setempat. Maka, kajian deskritif tinjauan telah digunakan melalui kaedah pemerhatian, temu bual mendalam bersama empat orang informan, dianalisis secara transkripsi, triangulasi dan analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan faktor pencemaran air berpunca daripada pembinaan empangan air, projek pembangunan, aktiviti pembalakan, aktiviti perlombongan dan hakisan tanih. Sementara, pertanian komersial juga menjejaskan kegunaan domestik, hidupan akuatik terganggu, perubahan sifat air, kehilangan sumber pendapatan, dan tahap kesihatan terjejas. Oleh itu, cadangan memperluaskan program advokasi seperti pengawalan pembuangan sampah sarap, pematuhan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), penglibatan pihak awam dan swasta, pemantauan kesihatan, kesedaran awam, dan melakukan penyelidikan lanjutan. Kajian mendapati dua buah syarikat China mengeksport bijih besi yang diperoleh sekitar Tasik Chini menggunakan permit AP (Eksport dan Import) dari negeri lain, bukannya Pahang. Meskipun syarikat tersebut tidak mempunyai lesen melombong tetapi mereka mempunyai segala kelengkapan alatan memproses dan menjalankan operasinya hingga kini. Diharapkan isu pencemaran air di Tasik Chini dapat dipulihkan demi menjamin kelestarian sejagat.

References

Akta Kualiti Alam Sekeliling. (1974). Kuala Lumpur: Percetakan Nasinal Malaysia Berhad.

Cahyo, S. (2011). Pengetahuan Ekologi Tradisional Masyarakat Orang Asli Jakun. Jurnal Ilmu Sosial dan Ilmu Politik, 15, 55- 67.

Chua Y. P. (2011). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill.

Clements, F. E. (1916). Plant succession: An analysis of the develop-ment of vegetation. Carnegie Inst. of Washington. DOI: https://doi.org/10.5962/bhl.title.56234

Jabatan Alam Sekitar. (2018). Laporan Kualiti Alam Sekitar 2018. Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Malaysia, Kuala Lumpur.

Jabatan Alam Sekitar. (2017). Laporan Kualiti Alam Sekitar 2017. Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Malaysia, Kuala Lumpur.

Jabatan Alam Sekitar. (1998). Laporan Kualiti Alam Sekitar 1998. Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Malaysia, Kuala Lumpur.

Jabatan Alam Sekitar.(1997). Laporan Kualiti Alam Sekitar 1997. Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Malaysia, Kuala Lumpur.

Miles, M. B., & Huberman, A. M. (1994). Qualitative Data Analysis, 2nd ed., pp.10- 12. Newbury Park, CA: Sage.

Mustaffa, O., Zanisah, M., & Ishak Y. (2011). Strategi tradisional komuniti Jakun Tasik Chini, Pahang mengurus sumber semulajadi secara lestari. Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 6(2), 239- 254.

Pusat Penyelidikan Tasik Chini, UKM. (2013). Kenali Rizab Biosfera UNESCO yang pertama di Malaysia. Muat turun dari https://pptc.my/en/2013.

Sabitha Marican. (2006). Penyelidikan Sains Sosial Pendekatan Pragmatik. Batu Caves, Selangor: Edusystem Sdn. Bhd.

Sulong, M., & Mohd, E. T. (2006). Implikasi struktur kunci air ke atas aktiviti pelancongan dan penduduk di sekitar Sungai Chini dan Tasik Chini, Pekan Pahang. Jurnal Elektronik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, 1(1),148-159.

Taylor, S. J., & Bogdan, R. (1984). Introduction to Qualitative Research Methods: The Search for Meanings. Second Edition. John Wiley and Sons. Toronto.

Toriman M. E., Kamarudin, A., Aziz, A., Md- Din, H., Marcus-Ata, F., Abdullah, N. M., & Mokhtar, A. M. (2012). Pengurusan sedimen terhadap sumber air bersepadu: satu kajian kes di Sungai Chini, Pekan, Pahang. Jurnal e-Bangi, 7, 267-283.

Wan, J. T. J. (2017). Kerajaan rancang gubal undang-undang pengurusan sumber air. Retrieved from http://www.astroawani. com/video-malaysia/kerajaan-rancang-gubal-undang-undang-pengurusan-sumber-air 29/11/2017.

Yusof, R. (2003). Penyelidikan Sains Sosial (Social Science Research). Pahang, Malaysia: PTS Publications & Distributors.

Additional Files

Published

2021-04-30

How to Cite

AMRAN, I. R. ., & MD. JAMIN, R. . (2021). KAJIAN PENCEMARAN AIR TERHADAP KOMUNITI ORANG ASLI DI TASIK CHINI, PAHANG. Universiti Malaysia Terengganu Journal of Undergraduate Research, 3(2), 119–128. https://doi.org/10.46754/umtjur.v3i2.211