Tajuk Pilihan

Pesta Cahaya Deepavali

Pesta Cahaya Deepavali

Thursday, 16/10/2014

Kongsi Artikel ini :

Setiap perayaan mempunyai keunikan adatnya yang tersendiri, begitu juga dengan perayaan Deepavali. Mengikut kepercayaan masyarakat Hindu, Deepavali diraikan sebagai tanda kemenangan ke atas kematian seorang raja yang disifatkan seorang yang zalim dan sering menindas rakyat pada suatu ketika dahulu.

Pelbagai aktiviti sempena menyambut Deepavali dilakukan bersama keluarga pada malam Deepavali, antaranya melukis Rangoli atau lebih sinonim dipanggil Kolam. Rangoli diperbuat daripada beras yang berwarna warni dan memberi simbol kepada penyatuan serta kemeriahan kepada keluarga, suasana ceria yang diiringi gelak ketawa keluarga ketika Rangoli disiapkan membawa satu persekitaran yang harmoni dan aman. Manakala deretan pelita yang dipanggil “Vilakku” akan dipasang berderet di sekeliling rumah bagi menyinarkan lagi malam Deepavali. Dulu Villaku diperbuat daripada tanah liat, namun kini malam deepavali bertambah meriah dengan adanya pelita moden yang lebih mudah untuk dipasang. Persiapan memasang pelita tersebut dilakukan untuk menyambut kedatangan Dewi Laksmi. Mereka juga percaya dengan sinaran cahaya yang yang dikeluarkan oleh pelita diibaratkan kecerahan yang menandingi kegelapan, keadilan yang menandingi kezaliman serta kebijaksanaan yang menandingi kejahilan.

Pada pagi hari Deepavali, masyarakat Hindu akan bangun di awal pagi bagi menyiapkan sentuhan terakhir dekorasi deepavali dan juga bersiap.  Pada pagi itu, mereka akan mandi dan membersihkan diri, manakala aktiviti menyapu minyak bijan di kepala anak-anak akan dilakukan oleh mereka yang lebih tua bagi bertujuan untuk penyucian badan dan semangat, masyarakat Hindu percaya bahawa pelbagai kebaikan yang akan diperolehi melalui mandi minyak bijan ini, antaranya ia dapat membersihkan diri daripada sifat dengki dan kejahatan.

Setelah selesai aktiviti membersihkan diri, semua ahli keluarga akan berkumpul dan mengenakan pakaian baru masing-masing. Tidak semestinya sari, ada di antara mereka juga yang kelihatan menawan dengan pakaian traditional India yang lain seperti Salwar dan juga Kurta, manakala bagi kaum lelaki pula mereka kelihatan segak dengan persalinan Dothi masing-masing. Semua ahli keluarga akan berkumpul dan memohon maaf dan berjanji akan sentiasa meningkatkan prestasi diri demi masa depan diri dan keluarga.

Kemudian, seluruh keluarga akan berangkat ke kuil yang berdekatan untuk sembahyang. Penganut Hindu akan mengkalungkan kalungan bunga di patung dewa untuk mendapatkan kesejahteraan diri dan bagi memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

Aktiviti ziarah menziarahi merupakan kunci utama satu-satu perayaan di mana  keluarga dan kawan-kawan berkumpul bagi mengeratkan silaturahim dan bertanya khabar. Rakan-rakan, sanak-saudara yang datang akan disajikan dengan pelbagai sajian traditional dan manisan masyarakat India. Bagi mereka, manisan adalah acara pembuka sebelum memulakan majlis atau hari perayaan, ia dianggap sebagai pembawa kegembiraan, keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan yang berpanjangan, jika lebih manis manisan itu maka ianya lebih baik dan dialu-alukan. Antara juadah lain pula, hidangan sayuran, seperti “Aloogobi” iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga, “Paneer” iaitu campuran masala bersama yogurt dan kari dal, capati, tosei, idhili dan lain-lain turut dihidangkan. Tidak ketinggalan kuih muih traditional seperti maruku, adivasa, kuih jillebhi dan sebagainya juga antara juadah wajib Deepavali. Di negara kita kemeriahan Deepavali turut dirasa oleh kawan-kawan dan keluarga yang berlainan bangsa apabila mereka turut serta berkunjung ke rumah dan meraikannya bersama.

Semoga perayaan Deepavali kali ini akan disambut lebih meriah oleh pelajar dan warga UMT yang meraikannya. Universiti Malaysia Terengganu mengucapkan Selamat Hari Deepavali dan selamat bercuti!

ARKIB 2017

Mahasiswa UMT Sumbang Bakti Bersama Komuniti Kg. Pantai Senok
MyREN-X Inisiatif Kerajaan Perkasa Pendidikan Masa Hadapan
PECIPTA 2017; Manifestasi Konsep Translasional
Majlis Anugerah Tahunan 2017 UMT Meriah!
STUDIO AL-QURAN ULUL ALBAB; PERTAMA DI BUMI ULUL ALBAB, BESUT
UMT & CTI-CFF Rungkai Potensi Terumbu Karang Buatan
Selamat Datang Pelajar Baharu UMT Sesi 2017/2018
“NEGARAKU SEHATI SEJIWA” Diterjemah Warga UMT Melalui Hari Keluarga Merdeka UMT
KONVENSYEN PEMIMPIN MAHASISWA KEBANGSAAN 2017 ‘MAHASISWA KE ARAH TN50 – MELAHIRKAN GENERASI WASATIYYAH’
Pameran Antarabangsa "Rahsia Ikan Lut sinar"
Komitmen UMT pada komuniti Setiu melalui Penyelidikan Translasional UMT
GLOBAL TOURISM CONFERENCE 2017 PEMANGKIN EKONOMI GLOBAL
SATREPS - COSMOS RESEARCH LABORATORY
Syawal 1438H dirai meriah
Ramadan Membawa Rahmat kepada Pelajar Baharu UMT
Ramadan Bulan Penuh Rahmat dan Keampunan
Karnival WOW 2017 UMT Meriah di Teluk Ketapang
Sambutan World Ocean Week 2017 Lebih Meriah
UMT menang besar dalam Anugerah Buku Negara 2017
UMT Giat Usaha Lindungi Hidupan Marin
UMT menang besar dalam Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2016
‘Young Motivator Competition’ (U-Mac) bentuk keyakinan berkomunikasi pelajar UMT
Felicitaciones (Tahniah)!
Keunikan UMT Tarik Perhatian Pengunjung LIMA '17
EMAC UMT Anjur Balloon X Charity Run Kumpul Dana bagi Misi Kemanusiaan Kemboja-Vietnam (MISI K)
Majlis Apresiasi Media 2017 tanda penghargaan UMT kepada Pengamal Media Tempatan
UMT Fokus Penyelidikan Translational untuk Manfaat Komuniti, Negara dan Global
UMT Lancar Program 2u2i Sarjana Muda Perakaunan dan Tandatangan Perjanjian Bersama ACCA
ICTLHE 2017 temukan UMT dan UniSZA demi Kesepunyaan dan Keserakanaan
UMT Sailing Team sertai 15th Royal Langkawi International Regatta 2017
UMT & Celcom Axiata Berhad Bekerjasama Sampaikan Misi Bantuan Banjir
UMT Vice-Chancellor Received Honorary Awards from Swansea University
Prof Dr Nora aini Pendaftar UMT baharu

ARKIB 2016

UMT tuan rumah Mesyuarat Tahunan TROPIMUNDO Steering Board (STEB) Committee Meeting dan Selection New Intake Meeting 2016
UMT anjur Go Green Ride 2016 bersama KPT dan Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG)
UMT raih anugerah sempena Anugerah Buku Negara 2016
UMT Anjur UMTAS ke-13
PISM UMT Anjur Kem Bijak Aulad 2016
UMT Terima TNC HEPA yang Baharu
Ilmu Pengetahuan & Pengalaman dari Pensyarah Bekalan & Inspirasi Graduan UMT
Suami Isteri Terima Ijazah Sarjana Serentak Sempena Majlis Konvokesyen UMT ke-14
Majlis Konvokesyen ke-14 UMT rai 2806 Graduan
SAMBUTAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-14 SEMAKIN TERASA!
Para Saintis & Jurutera Bertemu di UMT Ungkai Isu Kelautan, Aeroangkasa & Mekanikal
Komuniti Inovatif Tema Utama ICSED 2016 Universiti Malaysia Terengganu
Diversiti UMT Diserikan dengan UMT Colour Run
Investment Policy Statement (IPS) Universiti Malaysia Terengganu Dilancarkan
Tanah Bencah Setiu Bakal Taman Negeri Terengganu Pertama
Ekosistem Bakau Khazanah Alam
Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT Sesi 2016/2017 Berjalan Lancar
Program Jelajah Forum dan Ekspo MAMPAN 2016 Kuala Terengganu (JFEM16KT)
UMT Tawarkan 2,485 Tempat bagi Ijazah Sarjana Muda
Wakil Pelajar PPSMS dan PPSA Menang Tesis Terbaik
Kemenangan Besar UMT - Pertandingan NRIC & CoRIC 2016 USM
Pelajar PPPSE & PPIMG UMT Menang Anugerah di Global Youth Leaders Travel & Learning Camp (GYLTLC) 2016
Majlis Raya UMT Rai Anak Yatim & Warga UMT
Raikan Lebaran Kemeriahan Dikongsi
Program Cakna Asnaf UMT Bantu 600 Fakir Miskin
3000 Hadiri Majlis Berbuka Puasa Perdana UMT
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan – Ganjaran Memberi
Mengingati Hari Lautan Sedunia
Diploma Perikanan UMT Terima 4992 Permohonan Kemasukan Belajar
UMT Giat Jalankan Program Kesedaran Marin
PM Rasmi Sambutan Minggu Lautan Sedunia di Universiti Malaysia Terengganu
UMT Menang 13 Pingat di Pameran 27th International Invention & Innovation Exhibition (ITEX 2016)
Siti Maya Simbol Penyelidikan UMT di Tasik Kenyir
Penyelidikan Pensyarah UMT diiktiraf Nature Publishing Group

ARKIB 2015

Teaching Accountancy Firm Pertama Di Malaysia Dan Pertama Di Dunia
Fatwa Pembunuhan Haram Binatang Liar Adalah Haram - Tahniah Institut Penyelidikan Kenyir (IPK)
BoG-pNA, Mengesan Wabak Cirit-Birit & Demam Kepialu Meraih Emas di PECIPTA’15
Pelancaran Buku
Majlis Konvokesyen kali ke-13, Universiti Malaysia Terengganu
Keputusan Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT Sesi 2015/2016
Jelajah Kayak Merdeka Sungai Terengganu
Pendaftaran Pelajar Baharu UMT Sesi 2015/2016
Pingat Emas untuk Tenis Campuran Hadiah Bermakna Buat UMT
Projek Inovasi Penampal Luka & Penyelesaian Masalah Sistem Penghadaman Manusia Telah Merangkul Emas
Kumpulan CUBE Merintis Kecemerlangan Inovasi Pengurusan
7 Negara Bersatu Demi Ekosistem Sejagat
Rahmat Seluas Lautan, UMT Cakna Komuniti Jejak Asnaf & Ziarah Fakir Miskin
Marhaban Ya Ramadhan
Penyelidik UMT Mendapat Pengiktiraran Sempena ITEX’15
Naib Canselor Wanita Pertama UMT
Bina Kerjaya dalam Bidang Kelautan
Mencapai Kecemerlangan, Mencari Keunggulan
Fokus untuk Tarik Pelajar Cemerlang
Unggul, Cemerlang & Dihormati
Khazanah Lautan Jadi Fokus Penyelidikan
RV Discovery : Ikon & Aset Penyelidikan Kebanggaan UMT

ARKIB 2014

MISI BANTUAN BENCANA UMT
Pusat Pembelajaran Digital Sultanah Nur Zahirah
Konvokesyen ke-12 Universiti Malaysia Terengganu
Molekul Tunggal: ‘Wira belakang tabir’
Hijrah itu Satu Permulaan
Pesta Cahaya Deepavali
Aidiladha, Kisah Pengorbanan Sebenar
2380 Pelajar Baru, 6003 Pelajar Lama Mulai Mendaftar
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Institut Penyelidikan Kenyir
Salam Aidilfitri 1435
FASTABIQUL KHAIRAT
World Ocean Week 2014
Minggu Jalinan Mesra 2014