UCAPAN PERASMIAN NAIB CANSELOR UMT Sempena HARI KELUARGA MERDEKA UMT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Salam 1 Negaraku, Salam 1 UMT dan salam Kemerdekaan.

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah S.W.T yang telah mengizinkan kita dan memberi kesihatan yang baik, cuaca yang baik pada pagi ini untuk bersama-sama meraikan HARI KELUARGA MERDEKA UMT 2017.  Syukur pada-NYA juga kerana kita dapat membawa ahli keluarga untuk sama-sama beriadah dan bersukan hari ini di kampus UMT tercinta.

Kalau sebelum ini kita joging di tasik atau di taman-taman luar, hari ini kita bawa anak-anak, isteri atau suami kita bersukan di Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, UMT. Stadium yang cantik, dengan pemandangan yang baik, rugi kalau kita tidak sama-sama memeriahkannya apatah lagi kita dapat meraikan dan berkenalan dengan ahli keluarga sahabat-sahabat kita dari PTJ yang lain.

Hadirin sekalian,

AKTIVITI SAMBUTAN MERDEKA UMT

Semarak merdeka semakin dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia. Bertemakan NEGARAKU SEHATI SEJIWA, UMT juga akan memastikan jiwa seluruh warga staf dan pelajar sentiasa bersemangat dan menerapkan nilai cintakan negara.

Sambutan Hari Merdeka Peringkat UMT kali ini kita sambut berbeza dari tahun-tahun yang sebelumnya. Pada tahun ini kita telah menyenaraikan 18 aktiviti sempena merdeka dan aktiviti yang akan berlangsung ialah Hari Keluarga Merdeka iaitu hari ini dan  UMT turut menyertai Perbarisan Hari Merdeka pada 31 Ogos ini di Kuala Terengganu. Semoga kontinjen kita tahun ini lebih bersemangat dan segak di hari perbarisan itu nanti.

Selain itu, antara program yang akan berlangsung ialah Korban Perdana, pada Hari Raya Aidiladha, Perhimpunan Merdeka pada 20 September dan Program Bicara Tokoh yang akan dihadiri oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia juga pada 20 September 2017 . Pada hari tersebut turut diadakan pameran aset-aset ketenteraan dari Angkatan Tentera Malaysia.

Kemuncak sambutan merdeka peringkat UMT nanti akan diakhiri dengan Program Merdeka DIVE UMT 2017 yang akan diadakan pada 15-18 September 2017 di Pulau Bidong. Ayuh kita sama-sama semarakkan bulan kemerdekaan ini dengan menyertai program-program yang telah disusun dan marilah sama-sama kibarkan Jalur Gemilang!

Hadirin dan hadirat sekalian,

ERTI MERDEKA

Merdeka bukan hanya pada nama. Bukan hanya dengan menyorakkan dan melaungkan merdeka!! Merdeka !! Merdeka!! Kita dikatakan sudah merdeka. 

Kita semua harus merdeka. Berani keluar dari kepompong selesa, berani mencuba sesuatu yang baru, berani untuk mengambil risiko dalam usaha mencapai kejayaan, sanggup berhujan, berpanas demi menggapai bintang, sanggup terima teguran dan sedia untuk merubah diri ke arah yang lebih baik.  Ayuh! kita sama-sama merdekakan diri kita, buat sesuatu yang baru untuk diri dan UMT tercinta.

Para hadirin dan anak-anak yang dihormati,

KEJAYAAN AZIZATUL ASMA

Hari ini kita ada seorang tetamu istimewa. Saya perkenalkan Azizatul Asma Binti Tan Sri Abdullah, pemenang pingat emas Acara Endurance Berpasukan, SUKAN SEA ke-29, 2017. Berikan tepukan gemuruh untuk beliau. 

Azizatul Asma merupakan pelajar tahun 2 Pusat Pengajian Perniagaan Dan Pengurusan Maritim Dalam Sarjana Muda Pengurusan (Pelancongan). Beliau merupakan anak kepada Tan Sri Abdullah B. Hj Taib dan Puan Sri Hajjah Nariah Muhammad kelahiran Kuala Terengganu ini berumur 21 tahun, mula bermain kuda ketika berumur 13 tahun. 

Bersama-sama kuda kesayangan beliau yang bernama Mora Tishaka yang telah membawa beliau menggapai kejuaraan dunia iaitu World Junior Rider dan paling membanggakan kita Asma dinobatkan sebagai World Junior Rider First Ranking In The World pada tahun 2013. Tahniah Azizatul Asma!

Marilah kita sama-sama sekali lagi berikan tepukan gemuruh kepada Azizatul Asma, Tan Sri Dan Puan Sri!

Inilah hasilnya jika kita sentiasa berusaha dan tak pernah putus asa dalam apa yang kita ceburi. Tidak kira apa jenis sukan yang kita minat, yang kita main, main betul-betul. Biar sampai berjaya. Samalah juga dalam sukan yang akan kita main sekejap lagi, walaupun acara tiup belon, anak-anak kene tiup betul-betul. Sampai dapat hadiah.

Hadirin sekalian,

KEMENANGAN SUKUM

Pada tahun ini UMT juga telah terlibat dengan 2 acara Sukan besar iaitu Sukan Badan Berkanun (SUKANUN) dan Sukan Staf Universiti (SUKUM). Alhamdulillah bagi SUKANUN, acara tunggal yang disertai oleh UMT iaitu Boling Padang telah memenangi Emas bagi berpasukan lelaki dan Perak begi berpasukan Wanita.

Manakala penglibatan UMT dalam beberapa acara SUKUM pula kita telah memenangi;

  1. Badminton Senior ( emas )
  2. Tenis ( emas)
  3. Basikal Individu ( emas)
  4. Bola sepak ( gangsa )
  5. Bola tampar ( gangsa )
  6. Golf Individu VIP ( Emas ) 
  7. Golf Pasukan VIP ( Emas )
  8. Golf Pasukan Nett ( gangsa)
  9. Melayakkan pasukan golf UMT menjadi Juara keseluruhan golf IPTA 2017

Syabas dan tahniah kepada semua atlit UMT yang telah bertarung dengan bersungguh-sungguh. Bagi yang telah berjaya, kekalkan prestasi untuk temasya akan datang dan kepada yang kurang bernasib baik, teruslah berusaha bersungguh-sungguh untuk menggapai kejayaan nanti.

SUKAN BERKUDA UMT

Untuk pengetahuan semua, UMT juga sedang dalam urusan membeli 6 ekor kuda untuk pembangunan sahsiah pelajar dan staf UMT.

Sukan berkuda ialah sukan sunnah Rasulullah S.A.W, justeru ambillah kesempatan ini jika kita boleh laksanakan sukan memanah sambil berkuda sebagaimana yang dilakukan oleh NABI MUHAMMAD S.A.W. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada semua warga UMT.

PENUTUP

Sekalung tahniah dan terima kasih kepada Pusat Sukan Dan Rekreasi serta Pusat Komunikasi Korporat kerana berjaya mengumpulkan warga UMT hari ini bagi menjayakan Hari Keluarga UMT 2017. Bukan senang untuk menarik kehadiran staf bersama ahli keluarga masing-masing terutamanya dalam kerjasama berpasukan seperti dalam Perbarisan Kontinjen itu tadi. Tahniah kepada ketua-ketua PTJ juga yang telah memberi sokongan melalui penyertaan perbarisan ini dan penganjuran hari keluarga ini.

Saya bagi pihak pengurusan tertinggi ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-60 dan Selamat Hari Raya Aidil Adha 1438h. Dengan lafaz mulia, Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Sambutan Hari Merdeka Peringkat UMT dan Hari Keluarga Merdeka UMT 2017.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum w. B.t